Monday, October 19, 2009

Panduan format asas menulis kertas kerja perniagaan

Panduan format asas menulis kertas kerja perniagaan
1. Abstrak

BAHAGIAN A - MAKLUMAT PINJAMAN
a) Skim pinjaman
b) Tujuan pinjaman
c) Jumlah pinjaman
d) Kawasan tapak projek
e) Cagaran

BAHAGIAN B - MAKLUMAT PEMOHON
a) Latar belakang pemohon
b) Pendapatan dan tanggungan

BAHAGIAN C - MAKLUMAT TEKNIKAL PROJEK
a) Pengenalan, nilai pemakanan, kegunaannya dan kebaikan dll
b) Agronomi tanaman/ternakan/akuakultur/prosesan/pelancongan dll
c) Pelan jarak tanaman/saiz kandang/saiz tangki/ flow proses jus/ saiz chalet

BAHAGIAN D – PELAN PEMBANGUNAN DAN PENGOPERASIAN
a) Perlaksanaan projek
b) Pelan pembangunan
c) Jadual fasa penanaman/jadual permulaan projek hingga berhasil
d) Produk hiliran/sampingan
e) Pelan cadangan projek untuk jangka masa pendek dan panjang


BAHAGIAN E - PEMASARAN
a) Pelan pemasaran dan strategi pemasaran
b) Analisis SWOT


BAHAGIAN F - LAMPIRAN
a) Penyata aliran kewangan tahunan
b) Perincian aliran kewangan
c) Gambar-gambar fasa penanaman/ternakan/akuakultur/pelancongan
d) Gambar-gambar aktiviti yang telah diikuti
e) Salinan kad pengenalan
f) Salinan Geran Tanah dan Kawasan Projek
g) Surat kebenaran mencagar dari tuan tanah
h) Salinan akuan kesesuaian tanah
i) Penyata kewangan 3 bulan yang terkini
j) Slip gaji 3 bulan terkini
k) Salinan cukai pendapatan yang terkini
l) Salinan surat sokongan AgroPAC
m) Salinan Sijil Bengkel Latihan dan Disahkan oleh AgroPAC
n) Salinan perjanjian / MOU dengan mana-mana agensi/syarikat contoh “contract farming”
o) Senarai pembekal bahan mentah dan input projek


Penutup


Penghargaan
Posted by Kertas Kerja 2U at 8:31 AM 1 comments
Sedikit panduan cara menulis kertas kerja.
Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat/objektif program/projek

Nyatakan secara jelas tujuan kertas kerja yang disediakan samada untuk;
1. Kelulusan/makluman/ perbincangan/sebagainya
2. Untuk siapa ianya dikemukakan.
3. Nyatakan apakah okjektif/matlamat yang ingin dicapai.

2. Nyatakan secara jelas butiran mengenai;
1. Tarikh/Masa/Tempat
2. Peserta/Kumpulan sasar
3. Yuran/Bayaran yang dikenakan
4. Kerjasama /Bantuan
Posted by Kertas Kerja 2U at 7:38 AM 0 comments
MONDAY, JANUARY 7, 2008
Pengenalan Blog KertasKerja2U
Assalammualaikum..

Blog kertaskerja2U!!! ini bertujuan untuk membantu golongan usahawan muda serta petani/penternak yang mahu memulakan kerjaya mereka dengan bermula dari penyediaan kertas kerja sebelum mendapat pinjaman atau sebelum memulakan sesuatu projek.

Kami juga mahu membantu golongan ini untuk mendapatkan contoh-contoh kertas kerja melalui blog kertaskerja2U!!! ini, tanpa bersusah payah mencari contoh kertas kerja di kedai atau di mana-mana. Selain dapat menjimatkan masa untuk membuat kertas kerja, usahawan-usahawan juga akan mendapat panduan menulis kertas kerja terkini dan lebih menyakinkan.

Di kertaskerja2U!!!, kami akan menyediakan eBook?? yang mengandungi sedikit panduan menulis dan contoh-contoh kertas kerja utuk panduan dan semakan usahawan-usahawan.

Kertaskerja2U!!! akan membahagikan contoh-contoh kertas kerja mengikut kategori tertentu untuk memudahkan usahawan-usahwan membuat panduan dan semakan.

Berikut adalah tajuk-tajuk yang terdapat di dalam ebook asas pengurusan perniagaan dan contoh-contoh kertas kerja;
1. Cara-cara menyediakan kertas kerja untuk tujuan perniagaan
2. Pengurusan organisasi
3. Fungsi dan tugasan untuk semua pihak pengurusan di dalam syarikat.
4. Kemahiran untuk mengkaji peluang pasaran tempatan atau antaranbangsa.
5. Cara- cara pengurusan modal
6. Simpan kira-kira dan cara menyimpan rekod.
7. Penyata kewangan
8. Memasarkan keluaran
9. Merancang dna melaksanakan projek industri kecil dan besar.
10. Contoh-contoh kertas kerja.

No comments: