Monday, June 29, 2009

Pelan Perniagaan Untuk Bisnes Internet

Apa yang ingin anda jual atau tawarkan kepada pelanggan? Cari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pelanggan. Dari mana anda akan dapatkan modal, masa perniagaan dan sebagainya.

Kenapa perlu ada pelan perniagaan? Kak G lihat ramai nak berbisnes online tapi melayan bisnes online mereka seperti hobi. Dengan adanya, pelan perniagaan, sekurang-kurangnya anda dapat merancang terlebih dahulu perniagaan anda sebelum anda ‘commit’ masa, modal dan tenaga kepada bisnes online anda.

2.) Pelan Kewangan Bisnes (Business Financial Plan)

- walaupun modal anda mungkin hanya sekdar nama domain berharga RM30 setahun dan hosting bulanan, anda masih perlu mengatur dan mengurus kewangan bisnes internet anda.

- apabila bisnes anda sudah berkembangan, akan bertambah kos-kos lain seperti pemilihan hosting yang lebih besar, pembelian lebih banyak nama domain, yuran untuk mengupah web graphic designer, yuran bulanan untuk autoresponder, yuran membership untuk kemudahan tertentu, kos pembelian skrip dan yuran programmer untuk koding khas dan sebagainya.


3.) Pelan Perancangan Projek (Project Management Plan)

- jika bisnes online anda adalah lebih kepada khidmat freelance seperti membina laman web, mereka-bentuk grafikatau perkhidmatan berlandaskan konsep ‘project-based work’, anda akan memerlukan pelan perancangan untuk kerja-kerja anda.

- klien anda mungkin memerlukan anda merangka ‘time- frame’ untuk projek yang diberi, terutamanya jika projek tersebut agak rumit dan ‘besar’. Dengan cara ini, anda boleh mengenalpasti dateline bagi menyiapkan bahagian-bahagian tugasan tertentu pada projek tersebut.

Jika anda melakukan bisnes internet part-time sahaja, pelan rancangan ini penting bagi anda mengurus masa anda boleh laksanakan bisnes anda. Tanpa perancangan yabng baik, anda mungkin akan penat dan lemah semangat untuk berniaga kerana terpaksa memikirkan kerja di pejabat anda dan juga bisnes internet anda pada masa yang sama. Jangan lupa untuk menetapkan masa berehat dan masa untuk keluarga.

Kesimpulan:

Lakukan ketiga-tiga pelan diatas sebelum anda membelanjakan modal, tenaga dan masa di dalam perniagaan internet anda. Jika anda dapati bahawa mana-mana bahagian tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik, fikir dan rancangkan dengan lebih teliti lagi. Yang penting, anda merangka pelan perniagaan untuk bisnes internet anda.

Ingat, duit modal anda boleh habis begitu sahaja jika tiada perancangan yang rapi.


No comments: