Sunday, July 26, 2009

Ilmu Pelaburan Emas

Ilmu Pelaburan Emas ini adalah khusus
buat rakyat Malaysia yang membincangkan secara
lengkap panduan pelaburan emas TANPA MELALUI ORANG
TENGAH yang mana dapat membantu kehidupan
pada masa sekarang dan juga pada
masa akan datang.


Mari saya kongsikan apakah rahsia-rahsia yang
terkandung
dalam teknik ini.

1. Kelebihan Emas Dalam Menjana Kekayaan
---------------------------------------------------------
Di bab ini, kita akan mengetahui bahawa nilai
emas adalah lebih bernilai berbanding dengan nilai
matawang dollar. Sebelum ini kebanyakan orang
hanya melihat dollar sebagai sangat bernilai,
tetapi sebenarnya emas adalah lebih bernilai
walauapapun yang berlaku – inflasi, kegawatan
ekonomi, kenaikan harga barang, kejatuhan nilai
matawang, bencana, peperangan dan lain-lain.


2. Kenapa Pelaburan Emas Menguntungkan?
----------------------------------------------------------
Dalam bab ini, kita akan ditunjukkan mengapa
pelaburan emas amat menguntungkan. Anda akan
ditunjukkan statistik dan panduan melihat kenaikan
harga emas di pasaran dalam jangka masa pendek,
sederhana dan jangkamasa panjang. Tahun 2007 –
2008, kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%
dalam setahun!

3. Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas?
-------------------------------------------------------------
Disini kita akan diterangkan langkah demi langkah
bagaimana untuk memulakan pelaburan emas kita
sendiri tanpa melibatkan orang tengah. Kita adalah
BOS kepada pelaburan kita. Kaedah ini semuanya sah
dan tidak menyalahi undang-undang. So, jangan
risau untuk mempelajarinya. Apa yang diajarkan ini
semuanya tidak banyak diketahui oleh orang ramai
kerana teknik ini biasanya digunakan oleh
usahawan-usahawan emas. Sebenarnya orang biasa
seperti kita juga patut mempelajarinya.


4. Faktor Yang Mempengaruhi Harga Pasaran Emas
-----------------------------------------------------------------
Kita sebagai pelabur, wajib mengetahui
faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas. Oleh
itu kita tidak akan mudah terpedaya dengan
pelbagai spekulasi pasaran harga emas ini. Jika
anda bermain untuk jangka masa pendek dan
sederhana, faktor ini amat penting sekali.

5. Strategi Pelaburan Emas
------------------------------------
Sebelum memulakan pelaburan emas, kita akan
belajar mengenalpasti apakah yang kita inginkan
dengan keuntungan pelaburan emas? Adakah ianya
untuk kahwin, bayar hutang, simpanan hari tua,
pendidikan anak-anak atau lain-lain? Dengan
startegi yang paling sesuai, matlamat atau apa
yang kita idamkan akan tercapai!


6. Untungkah Dengan Mengadai Emas
------------------------------------------------
Dalam bab ini, kita akan ditunjukkan bagaimana
dengan menggadai emas, kita akan mendapat
keuntungan yang lebih, bukannya kerugian. Inilah
yang sering tidak diketahui oleh ramai orang.


7. Sesuai Ke Buat Pinjaman (Loan) Untuk Melabur
Dalam Emas?
-------------------------------------------------------------
Dengan membuat loan kita mampu menjana keuntungan
dalam jangka masa yang panjang. Kita akan
ditunjukkan satu study case yang dilakukan oleh En
Syukor (penasihat utama ebook ini) yang
menunjukkan terdapat keuntungan 51.88% dalam masa
5 tahun pelaburan emas ini. Bukan itu saja, teknik
pemanipulasian ASB untuk melabur dalam emas juga
akan ditunjukkan di mana kita akan mendapat
keuntungan dari ASB dan pelaburan emas serentak!

8. Antara Kelebihan Dinar Emas.
--------------------------------------------------
Dalam bab ini, kita akan ditunjukkan bagaimana
dinar emas dijadikan pelaburan paling berkesan
untuk tujuan meminang gadis pujaan atau naik haji
dalam tempoh masa tertentu. Dan kita boleh
memulakannya sekarang!

9. Tip-tip membeli dan menukar barang kemas.
------------------------------------------------------------
Dalam bab ini kita diajarkan teknik terbaik untuk
mendapatkan nilai yang terbaik untuk barang kemas
kita. Selepas ini, kita semua tidak akan ditipu
orang lagi terutamanya tokey-tokey pajak gadai.

10. Awas! Berhati-hati Dengan Skim Pelaburan Emas
-------------------------------------------------------------
Kita akan ditunjukkan bagaimana skim pelaburan
emas berfungsi. Dan dengan panduan ini, ianya
mampu menyelamatkan kita dari terjebak dalam
skim-skim pelaburan emas yang menipu wang kita.

Itulah serba sedikit dapat saya kongsikan bersama
Azman. Saya ceritakan kepada Azman
pun kerana saya rasa satu info yang berguna memang
patut disebarkan, lebih-lebih lagi ianya
melibatkan kita yang memang sedang berusaha untuk
meningkatkan taraf hidup & kewangan kita ni.

http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=R7JP&mc=f&s=Sy0do&y=j&

Semoga info pelaburan emas yang diberikan membawa
manfaat kepada Azman.
Insyallah.

Yang benar,

NaDiaH KaRiM
Team TeraBiz

Tuesday, July 21, 2009

Belanjawan Keluarga

http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=143
Belanjawan Keluarga

by Latha Nayar

Perkataan “belanjawan” boleh dilihat dimana-mana - dari keadaan teruja setiap tahun menjelang pengumuman Belanjawan Negara pada bulan Oktober, kepada lain-lain bentuk belanjawan yang telah kita lihat, atau masih kelihatan di pejabat kita, syarikat dan sebagainya lagi. Tambahan pula, baru-baru ini, terdapat banyak iklan-iklan didalam suratkabar harian dan majalah-majalah mengenai perisian perakaunan / kewangan persendirian – dari syarikat-syarikat besar seperti Quicken, hinggalah ke syarikat tempatan yang kecil. Didalam ruangan ini, saya ingin memperkenalkan BELANJAWAN KELUARGA – satu “pelan tindakan” kewangan untuk keluarga anda.

Bayangkan bahawa kita telah bersedia untuk bertindak, terdapat satu kuasa kuat yang menarik kita untuk duduk dan menulis kira-kira ke atas apa yang patut kita belanjakan – walau bagaimanapun, mari kita lakukan perkara-perkara penjejakan berikut dahulu …

1. Menjejak Perbelanjaan Anda
Ini bermakna anda cuba mendapatkan idea bagaimana corak perbelanjaan anda …

Untuk bulan pertama atau beberapa bulan seterusnya; semakin lama tempoh masa yang anda jejaki, semakin tepat pelan belanjawan yang dapat anda hasilkan, hanya jejaki … maknanya, catatkan kesemua perbelanjaan anda, tidak kira berapa kecil dan tidak pentingnya ia (ya, malah kuih karipap untuk sarapan pagi juga mesti dimasukkan ke dalam catatan tersebut). Buatlah seberapa lengkap dan terperinci yang anda boleh, dan yang paling penting sekali, anda mestilah tulus.

Pada peringkat ini berpotensi untuk memberikan kita “kejutan kecil” kerana kebanyakan dari kita jarang menyedari berapa banyak duit dikeluarkan setiap hari, dan kemana. Jika anda boleh mendapatkan kerjasama dari ahli-ahli lain keluarga anda untuk melakukan perkara yang sama – itu lebih baik lagi! Jika tidak, dan ada kemungkinan perkara ini akan berlaku – cuba dapatkan sedikit idea di atas apa yang mereka belanjakan, berdasarkan kepada kategori !
2. Kategori
Kategori merupakan tajuk-tajuk utama di dalam belanjawan keluarga anda. Dengan mengkategorikan perbelanjaan anda, dan berbelanja berdasarkan pengkategorian anda, anda mencapai 2 perkara. Satu, belanjawan bulanan / tahunan anda tidak akan setebal buku novel James Clavell, dan yang kedua, anda sebenarnya merancang perbelanjaan anda berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keluarga ANDA. Contoh-contoh kategori adalah:

Barang runcit / perkakasan – Barang-barang makanan, barang-barang dari pasaraya, perkakas dan barangan dapur

Makan di luar

Peralatan dandanan dan kebersihan diri / barang-barang persendirian – Termasuk mekap, tisu tandas, sabun, dll

Perbelanjaan perubatan – Termasuk vitamin dan lain-lain bahan kelengkapan tambahan untuk kesihatan. Masukkan juga pendakap otodontik untuk anak-anak, vaksinasi, dll

Operasi / penjagaan kenderaan – Jika anda mempunyai kenderaan sendiri – masukkan nilai minyak petrol, servis bagi setiap tempoh yang tertentu, baik pulih, keahlian untuk mana-mana persatuan otomobil Malaysia dan juga bayaran ansuran bulanan anda jika ada

Pengangkutan – Untuk tambang bas / teksi / LRT

Perbelanjaan SOHO – Untuk mereka yang bekerja dari rumah, ini merupakan kategori yang penting dan akan merangkumi telefon, faks, komputer, peralatan tulis, kegunaan lain, dsb

Rumah dan taman – Bagi pemilik rumah, masukkan nilai servis dan baik-pulih untuk rumah (contohnya penghapusan anai-anai), servis pinjaman perumahan, penaksiran cukai pintu. Malah boleh dimasukkan tambahan lain : contohnya pagar otomatik, baik-pulih rumah, dsb. Untuk penyewa pula – masukkan duit sewa bulanan. Masukkan juga kos berkebun – penjagaan, pembelian pokok-pokok dan bunga-bunga, pemagaran dsb

Anak-anak – Perbelanjaan khas untuk anak-anak kesayangan kita

Haiwan belaan – Untuk pencinta haiwan, masukkan nilai makanan haiwan belaan mereka, perbelanjaan veterinar, mainan, dsb

Pakaian – Disini, saya ingin mencadangkan supaya ianya dipecahkan kepada pakaian “rasmi” dan “kasual” – sekiranya anda perlu menyusun perbelanjaan mengikut kepentingan mereka dikemudian hari kelak. Masukkan juga pakaian kaki, aksesori, dsb

Perkakasan / Peralatan – Untuk semua peminat DIY (do-it-yourself – lakukannya sendiri) khasnya, dan untuk pengguna dirumah amnya, pasti anda mempunyai simpanan penukul dan paku, mentol (untuk kes-kes mentol terbakar !), fius, dan lain-lain peralatan yang membolehkan anda (atau ahli keluarga yang lain) melakukan pembaikan kecil disekeliling rumah anda

Langganan untuk pencinta bahan bacaan – majalah anda, mahupun sewaan dari perpustakaan, suratkabar dan lain-lain perbelanjaan yang seumpamanya.

Hadiah / hiburan – untuk semua perbelanjaan perayaan, dan kenduri yang tertentu atau hadiah makan malam dsb

Cukai pendapatan ! Dan lain-lain cukai dan lesen

Hobi – Bagi jurugambar amatur, ini termasuklah filem dan kos pencucian, manakala bagi pengait-pengait yang aktif, ini termasuklah benang, rekabentuk yang siap dijual dsb

Lain-lain – Sebagai contoh, bantuan kewangan bagi membantu lain-lain ahli keluarga atau badan kebajikan dsb

3. Sepertimana yang boleh dilihat di atas, mungkin terdapat beberapa tindihan diantara kategori.
Walau bagaimanapun, perkara penting yang perlu diingat ialah kategori-kategori tersebut mestilah “sesuai” dengan anda bergantung kepada gaya berbelanja anda, mahupun cara anda mengkategorikan barang-barang secara mental. Sebagai contoh, yuran sekolah boleh diletakkan dibawah kategori Anak-anak, atau boleh juga direka satu kategori baru iaitu Pendidikan. Semuanya bergantung kepada anda, dengan dasar objektifnya ialah untuk membolehkan anda melihat secara terang kemana duit anda mengalir keluar

4. Mengisi Kategori Berdasarkan Kepada Penjejakan
Selepas kira-kira satu bulan anda menjejaki perbelanjaan anda, adalah lebih baik sekiranya anda mengisi kategori-kategori itu dengan nilai-nilai yang telah anda jejaki.

Disinilah anda perlukan sesuatu sistem – samada secara manual seperti buku latihan atau kertas A4 yang difailkan atau memilih sahaja perisian-perisian komputer yang tertentu.

Secara peribadi, saya mengesyorkan anda memilih program spreadsheet (hamparan elektronik) yang agak mudah seperti Microsoft Excel kerana ia menawarkan kerja-kerja penyediaan yang rendah, dengan kebaikan-kebaikan yang maksimum (sesuatu yang amat berguna bagi orang-orang yang sibuk!). Anda boleh memasukkan data kategori-kategori anda ke dalam spreadsheet, malah memecahkannya kepada pelbagai sub kategori kecil (iaitu kepada setiap baris (row) yang berbeza didalam spreadsheet anda). Kemudian, tambah beberapa jalur (column) untuk setiap bulan yang berlainan bagi tahun tersebut. Anda boleh menambahkannya kepada beberapa helaian kerja (worksheet) yang berbeza mengikut perubahan tahun ke setahun.

Jadi, mula mengisinya dengan data. Dengan memasukkan beberapa formula mudah (contohnya Tambah), anda boleh menetapkannya supaya dapat mengira jumlah keseluruhan dalam pelbagai kategori untuk menghasilkan jumlah keseluruhan perbelanjaan anda secara automatik. Saya cadangkan anda melakukannya untuk tempoh masa sekurang-kurangnya tiga ke enam bulan (walaupun anda akan mendapati gambaran penuh hanya akan diperolehi selepas tempoh setahun, kerana kebanyakan perbelanjaan mempunyai tempoh tamat bagi jangkamasa setahun). Kemudian, selepas tempoh ini, anda boleh pula …

5. Menilai
Berdasarkan kepada pendapatan keluarga, dan daripada butiran perbelanjaan yang telah anda jejaki sebelum ini – bagaimanakah keadaannya ? Adakah anda rasa anda telah terlebih berbelanja? Adakah anda ada membuat sedikit simpanan setiap bulan – untuk kecemasan dsb?

Jika ya, maka untuk masa ini, belanjawan keluarga anda adalah dalam keadaan yang baik, dan anda boleh meneruskan kerja-kerja penjejakan untuk bulan-bulan dan tahun-tahun yang seterusnya – ini akan memberikan anda idea sekiranya terdapat perubahan yang muncul secara tiba-tiba. Sebagai contoh, semasa anak-anak semakin membesar, perubahan keadaan dsb.

Jika anda terlebih berbelanja, atau anda rasa seperti ingin menyimpan lebih banyak lagi – perhatikan dengan teliti pada kategori-kategori anda tadi. Mana-mana yang boleh anda singkirkan – walau bagaimanapun keputusan muktamad adalah, sudah pastinya masih merujuk kepada kecondorongan anda – tetapi sebagai panduan, anda boleh melihat daripada kategori-kategori itu, dari yang memang menjadi keperluan kepada yang hanya sebagai tambahan. Akhir sekali, sebagai kata-kata terakhir – jika anda inginkan Belanjawan Keluarga ini terus memberikan anda maklumat tepat untuk membantu anda dalam perancangan kewangan keluarga anda, maka teruskanlah …

6. Sentiasa Konsisten
Jangan bersikap sambil lewa melakukan kerja-kerja penjejakan, jangan biarkan perbelanjaan hilang tanpa merekodkannya. Jika anda rasa terlalu banya kategori, satukan mereka, tapi pastikan anda mencatat kesemua perbelanjaan anda didalam kategori yang telah anda pilih.

Kesimpulannya, anda akan meyedari bahawa dengan sedikit sahaja kerja-kerja permulaan, dan kesediaan diri untuk tetap meneruskannya, ganjaran Belanjawan Keluarga akan menjadi perkara kedua dalam hidup anda tidak lama lagi, dan bersama-sama dengannya akan datang sekali kebaikan-kebaikannya!

Friday, July 17, 2009

MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat

http://www.scribd.com/doc/16644125/contoh-minit-mseyuarat

To Lead More Effectively, Increase Your Self-Confidence

"How can I feel confident when I am speaking?" asked a participant in a recent workshop I conducted. While the question was specific to public speaking, the answer I gave is relevant to any leader, whether she is on stage giving a presentation or working with her team on an important project. The answer lies within you.

When it comes to leadership in the workplace, the primal spring of self confidence is an understanding of what you have accomplished and what you feel you can do next. This is not happy talk. Consider what has enabled you to achieve what you have achieved to date. When it comes to finding sources of accomplishment, you want to focus on the positives, your moments of triumph — those opportunities where you shone, helping yourself and your team achieve a goal.

Isolating your moments of strength is not the same as writing your curriculum vitae; graduating from college and landing a good job are highlights, of course, but when it comes to self-confidence you want to dig beneath the surface. Here are three related questions you can ask yourself to help you uncover your triumphant self:

What do you do well? This question opens the door for you to itemize the abilities that have enabled you to succeed to date. Focus on your talents: what you do well. For example, you may possess strong conceptual skills. You may be one who can think strategically, a person who can look at the big picture and see opportunities where others see only blue sky. Such abilities are your strengths; you owe it to yourself to recognize them.

Why should people follow you? You need a strong sense of self to lead others, so consider how you assess problems and find solutions. Look at occasions you have mobilized yourself and your team to tackle a tough assignment. Perhaps you took on a failing project and turned it into a winner. Or perhaps you found ways to reduce costs and improve efficiencies when others said it was impossible. In these instances, and in others you can remember, you have given people a reason to believe in your ability to get things done.

What have you done to earn the trust of others? This question should provoke a recall of what you have done to instill followership. You may have defused a conflict between two colleagues, or took the lead on nasty assignment that no one else wanted to handle. Or perhaps you went out of your way to see that senior management recognized the efforts of your team. Maybe you always accept accountability, not just for what goes right, but for what goes wrong. The search for the inner source of confidence is neither an excuse for overlooking your weaknesses nor an invitation to hubris. Rather it is an identification of the strengths that make up the authentic you. Self-awareness is an attribute vital to leadership effectiveness. While leaders know their weaknesses all too well, even good ones sometimes overlook their strengths. That mindset can lead to an erosion of self-confidence.

"Confidence is like a muscle," said a colleague of mine, Scott Litchfield of WJM Associates. If you don't use it, you will lose it. I like that analogy for two reasons. First, it connotes that confidence comes from within ; it is something we can work on. Second, it puts leaders who must demonstrate confidence in order to attract followership on notice that it is their responsibility to nurture it.

It's a leader's job to set direction and determine outcomes; that only happens when leaders feel confident in themselves.

John Baldoni is a leadership consultant, coach, and speaker. His work centers on how leaders can use their authority, communications and presence to build trust and drive results. He is the author of six books on leadership, including Lead By Example, 50 Ways Great Leaders Inspire Results. In 2007 John was named one of the world’s top 30 leadership gurus by Leadership Gurus International. For more on John and his work, visit www.johnbaldoni.com.

Wednesday, July 8, 2009

Peluang Pendapatan di Portal Lelong.com.my

Peluang Pendapatan di Portal Lelong.com.my
Posted: 07 Jul 2009 08:18 AM PDT
Oleh : Eruwan Gerry Norsen
Ramai daripada kita yang terlalu melihat ke luar negara untuk menjalankan perniagaan internet sehingga buta kepada peluang BESAR yang terdapat di dalam negara kita sendiri iaitu di portal Lelong.com.my!
Adakah anda tahu bahawa:
* Portal Lelong.com.my mempunyai hampir 400,000 Ahli Berdaftar
* Terdapat transaksi jualan sebanyak RM10 JUTA pada setiap bulan di portal tersebut.
* Portal Lelong.com.my mendapat melebihi 40 Juta Pageview pada setiap bulan.
* Lebih daripada 1 Juta orang mengunjungi portal tersebut pada setiap bulan.
* Terdapat lebih daripada 800 Member Store berdaftar di dalam portal tersebut.
* Lelong.com.my mempunyai pengiklanan Banner yang paling efektif dari segi kos.
* Semakin ramai rakyat Malaysia yang menjadikan Lelong.com.my sebagai sumber mata pencarian utama mereka.
* Bilangan pembeli semakin bertambah pada setiap tahun.
* Portal Lelong.com.my terletak di Tangga Ke-38 di dalam Ranking Laman Web Paling Popular di Malaysia berdasarkan ranking di Alexa.com (jauh lebih tinggi daripada eBay.com di Tangga Ke-58 dan eBay.com.my di Tangga Ke-77)
Hakikat bahawa portal Lelong.com.my merupakan sebuah portal jualan yang hebat di Malaysia bukanlah satu omong kosong kerana cerita kehebatan portal ini sudah pernah dipaparkan di dalam Majalah Personal Money Malaysia Isu #51 keluaran November 2005. Di dalam majalah tersebut, telah didedahkan mengenai penjual yang telah mencapai purata pendapatan RM30,000 sebulan di Lelong.com.my!
Buat pengetahuan anda, bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menggunakan portal Lelong.com.my untuk melelong komputer lama milik peribadi beliau dan ianya telah berjaya dijual dengan harga jualan mencecah 5-Angka!
Ini menunjukkan bahawa portal Lelong.com.my bukanlah satu laman web yang calang-calang kehebatan dan pengaruhnya. Malah portal tersebut turut menjadi laman web pilihan oleh syarikat-syarikat hebat untuk menjual barangan mereka. Contoh terbaik adalah Syarikat MaxAudio yang menjadikan portal Lelong.com.my sebagai salah satu sumber pendapatan untuk syarikat mereka.
Syarikat MaxAudio merupakan syarikat jualan barangan audio dan aksesori kereta online yang terbesar di Malaysia. Kehebatan syarikat mereka telah membolehkan mereka dianugerahkan gelaran “Malaysia First & Largest Car Audio, Video, Accessories & Performance Online Store” oleh The Malaysia Book of Records!
Persoalannya, mengapa pilih model perniagaan internet jenis Lelongan Online?
Tiada gunanya saya berkongsi dengan anda mengenai kehebatan portal lelongan online Lelong.com.my jika anda tidak mengetahui kelebihan di dalam menjalankan perniagaan melalui portal tersebut.
Berikut cuma merupakan di antara beberapa sebab mengapa lelongan online sepatutnya menjadi pilihan anda di dalam menjalankan perniagaan internet:
* Tidak perlu membina laman web!
Tidak seperti laman web biasa, anda tidak perlu menghasilkan laman web anda sendiri dan tidak perlu mengetahui bahasa pengaturcaraan HTML untuk mula menjual barangan anda di portal Lelong.com.my. Rata-rata ramai penjual yang ingin mula menjual melalui internet menghadapi masalah apabila perlu menghasilkan laman web mereka sendiri. Ini secara langsung telah membantutkan perniagaan mereka walaupun pada masa itu mereka sudahpun mempunyai barangan untuk dijual. Masalah ini tidak akan berlaku dengan menjual di portal Lelong.com.my kerana kepakaran internet yang anda perlukan untuk mula menjual di portal Lelong.com.my adalah kepandaian untuk menaip dan juga untuk klik dengan menggunakan komputer anda!
* Tidak perlu mencari pengunjung!
Inilah kehebatan paling utama di dalam menjalankan perniagaan anda di portal Lelong.com.my. Anda tidak perlu bersusah payah mencari pengunjung untuk melihat barang jualan anda kerana kesemua pengunjung tersebut sudah sedia ada di portal Lelong.com.my. Perumpamaan terbaik kepada situasi ini di mana anda menjual barangan di portal Lelong.com.my adalah sama seperti anda sedang menjual di sebuah pusat jualan mewah yang terkenal seperti di KLCC atau Mid Valley Megamall berbanding dengan memulakan laman web anda sendiri seperti anda sedang membuka kedai di tepi jalan yang lenggang dan anda perlu berusaha keras untuk mendapatkan pelanggan ke kedai tersebut. Dengan kunjungan melebihi 1 Juta orang pada setiap bulan di portal Lelong.com.my, sudah tentu tidak sukar untuk anda mendapatkan pelanggan dan mendapat keuntungan berlipat-kali ganda di portal Lelong.com.my.
* Tidak perlukan ilmu pemasaran dan trafik!
Kelebihan portal Lelong.com.my adalah dari segi kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan portal tersebut yang mana dengan mudah anda dapat melakukan penjualan tanpa memerlukan sebarang ilmu pemasaran dan trafik berbanding dengan memulakan laman web anda sendiri. Jika anda memulakan laman web anda sendiri, ilmu paling utama yang perlu anda pelajari adalah ilmu penjanaan trafik. Tanpa ilmu ini, laman web anda akan MATI begitu saja. Ilmu trafik merangkumi pengetahuan mengenai SEO, Pemasaran Forum, Pemasaran Artikel, Pemasaran Social Network, Promosi Blog dan pelbagai lagi ilmu trafik lain yang memerlukan masa dan wang untuk anda mempelajarinya. Fikirkanlah, anda sudah tentu ingin mendapatkan wang dengan cepat melalui perniagaan internet anda! Adakah dengan mengambil masa yang panjang untuk mempelajari kesemua ilmu tersebut akan membolehkan anda untuk mendapatkan wang SEKARANG? Sudah tentu tidak! Saya tahu kerana saya mempunyai pelbagai laman web luar yang saya usahakan dan pemahaman ilmu penjanaan trafik akan mengambil masa untuk dipelajari. Kesemua ini boleh anda lakukan dengan mudah setelah anda mempunyai pendapatan yang konsisten dengan memulakan perniagaan anda di portal Lelong.com.my. Setelah mendapat pulangan yang lumayan daripada perniagaan anda di Lelong.com.my, maka tiada masalah untuk anda mempelajari perkara lain kerana anda sudah tidak perlu risau lagi mengenai wang!
* Tidak perlu mewujudkan sistem pembayaran!
Dengan menjual di pasaran Malaysia dan portal Lelong.com.my, anda sudah tidak perlu mewujudkan sistem pembayaran anda seperti dengan laman web anda sendiri. Hampir 90% daripada pelanggan di Malaysia akan membayar anda dengan menggunakan deposit wang ke akaun bank anda di Malaysia sama ada melalui Perbankan Internet atau melalui Mesin Deposit Wang. Anda sudah tidak perlu melakukan sebarang usaha lain kerana wang pembayaran boleh terus dimasukkan ke akaun bank anda tanpa sebarang masalah. Anda juga sudah tidak perlu risau mengenai penerimaan pembayaran melalui Kad Kredit, kerana pihak Lelong.com.my boleh menerima bayaran melalui kad kredit pelanggan untuk anda dan seterusnya mendeposit wang tersebut terus ke akaun bank anda dengan mudah. Tiada masalah sistem pembayaran di portal Lelong.com.my!
* Analisa pasaran disediakan!
Pihak pengurusan portal Lelong.com.my telah membantu memudahkan proses melakukan analisa pasaran untuk barang jualan anda. Kesemua maklumat penting seperti jumlah pengunjung, jumlah bidaan dan jumlah promosi boleh anda akses dengan mudah melalui control panel keahlian anda. Dengan berbekalkan maklumat analisa yang sedemikian, ianya akan memudahkan anda untuk membuat keputusan sama ada sesuatu barang jualan mempunyai potensi jualan yang baik ataupun tidak. Dengan ini, anda boleh membuat penilaian terbaik untuk perniagaan anda berbanding sekiranya anda perlu membuat kesemua analisa tersebut melalui laman web anda sendiri. Pihak Lelong.com.my mahu anda berjaya kerana apabila anda berjaya, mereka juga akan berjaya!
* Wang pendahuluan minima!
Sekiranya anda memulakan laman web anda sendiri, anda pasti perlu mengeluarkan wang modal untuk mendapatkan domain name, akaun hosting, rekaan laman web, dan pelbagai perisian lain yang anda perlukan untuk membantu menguruskan satu laman web yang berjaya. Saya boleh katakan sekurang-kurangnya perlu ada RM500 di dalam tangan anda untuk memulakan laman web anda sendiri. Tetapi tidak di portal Lelong.com.my. Anda boleh memulakan perniagaan anda dengan bayaran paling minima iaitu RM0! Satu tahu kerana saya pernah melakukannya semasa saya baru bermula di portal Lelong.com.my beberapa tahun yang lepas. Jika anda perlu membelanjakan wang pun, sekurang-kurangnya ia adalah untuk mendapatkan barang jualan dan bukannya untuk mendapatkan sebarang peralatan lain yang akan membantu jualan anda. Modal yang anda sumbangkan untuk perniagaan anda di portal Lelong.com.my adalah hampir 100% untuk mendapatkan bahan dan untuk promosi yang secara langsung akan membantu meningkatkan jualan dan keuntungan anda di dalam portal Lelong.com.my.
Ternyata portal Lelong.com.my merupakan satu lubuk emas kepada sesiapa sahaja yang bijak mengambil peluang daripadanya!
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara untuk mencapai kejayaan di portal Lelong.com.my, sila kunjungi laman web berikut:
http://www.rahsiarajalelong.com/WorkshopLelong.htm

Tuesday, July 7, 2009

Ultimatebloggingcourse.com

http://www.ultimatebloggingcourse.com/report/AdsenseBlogging2007.zip

Sunday, July 5, 2009

CARA BUAT BLOG-Step by Step

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada sesiapa yg ingin membina Blog sendiri sila ikuti step by step spt di bawh:
Jom Bina Blog!
1. Layari http://www.blogger.com

2. Sekiranya anda sudah ada Google account (gmail), anda boleh terus login di bahagian atas dengan id dan password gmail anda.

3. Jika anda tidak ada Google account (gmail), boleh scroll ke bawah sedikit dan klik perkataan 'Create Your Blog Now' . Isikan maklumat yang di kehendaki dan klik butang 'Continue'.

4. Pada tahap ini, anda akan sampai ke bahagian Dashboard blog anda. Dashboard adalah ibarat center kegiatan blogging anda. Jika anda ada banyak blog, maka semua link ke blog anda akan tertulis di sini. Jika anda tidak pernah buat blog, maka tiada apa-apa akan di tulis di sini

5. Klik 'Create a Blog' untuk memulakan setup blog anda. Jangan risau, lagi 5 minit siap la blog anda

6. Isikan ruangan 'blog title-tajuk blog' dan URL idaman anda. Saya nasihatkan pilih URL yang pendek dan senang sebut serta ingat. Contohnya si bahagian word verification pada ruang yang di sediakan.

8. Klik continue

9. Blog dah hampir siap. Pilih template yang anda inginkan. Pilihan template boleh di ubah kemudian. Selepas pilih, klik 'Continue'

10. DONE! Your Blog Has Been Created. Dah siap dah blog anda

11. Klik start posting. Maka anda dah boleh mula berblogging.


CUba buat dulu. Apa-apa tak faham, feedback ke mari. Nanti saya bagitahu.

Untuk cara guna blogspot ni, saya ajarkan lepas ramai2 dah setup blog masing2. Untuk tjuan trafik, saya syorkan lepas anda setup blog, bagitau la URL blog anda kat posting ni. Nanti saya upkan pada first page thread ni. Jadi boleh la link buildng sesama kita.

Selamat membina blog.
TQ

Saturday, July 4, 2009

CINTA KEPADA ALLAH

Cinta Kepada Allah

TAUHID UNTUK KANAK2






Tauhid untuk Anak 1 height="500" width="100%" rel="media:document" resource="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=16427203&access_key=key-382cem4vnevtj94e59x&page=1&version=1&viewMode=" xmlns:media="http://search.yahoo.com/searchmonkey/media/" xmlns:dc="http://purl.org/dc/terms/" > value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=16427203&access_key=key-382cem4vnevtj94e59x&page=1&version=1&viewMode=">






Tauhid untuk Anak 2 height="500" width="100%" rel="media:document" resource="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=16427238&access_key=key-ht86jrw2e2rtgoaweis&page=1&version=1&viewMode=" xmlns:media="http://search.yahoo.com/searchmonkey/media/" xmlns:dc="http://purl.org/dc/terms/" > value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=16427238&access_key=key-ht86jrw2e2rtgoaweis&page=1&version=1&viewMode=">

Friday, July 3, 2009